Friday, 12 October 2012

PENGENALAN ATAP RUMBIA


Atap rumbia merupakan sejenis atap sesuatu binaan yang diperbuat daripada daun pokok Rumbia. Pada asasnya atap rumbia terdiri daripada "tetulang", yang diperbuat daripada pokok Buluhyang diraut ataupun kayu kecil yang dilipat daun rumbia bagi membentuk seperti sayap dan dijahit dengan menggunakan rotan ataupun kulit pokok Bemban untuk mengikatnya.
Setiap atap rumbia biasanya mempunyai panjang kira-kira 1.5 meter hingga 1.8 meter dan daunnya perlu dilipat agar sama panjang untuk mencantikkan atap yang dihasilkan. Seorang pembuat atap yang mahir, mampu menghasilkan sebanyak 80 hingga 90 keping atap sehari kerana kerja membuatnya memerlukan pemerhatian yang rapi.
Atap rumbia yang dibuat menggunakan hanya selapis daun digelar atap kudi / "kelarai", sementara atap yang diperbuat daripada dua lapis daun dikenali sebagai atap pakai / "mata ketam". Atap mata ketam adalah lebih tebal dan tahan daripada atap kudi, tetapi harganya adalah lebih tinggi.

KEGUNAAN


  • Atap rumbia merupakan bahan atap yang paling meluas digunakan pada binaan tradisional di Malaysia pada masa dahulu. 
  • Atap ini  perlu diganti setiap 10 - 15 tahun sekali. Bagaimanapun bagi kerosakan kecil, cuma kepingan atap yang rosak perlu diganti.
  • Sangat sesuai untuk dibuat atap reban, rumah rehat, chalet, restoran atau kedai makan dll.

KELEBIHAN



Atap rumbia memiliki kelebihan kerana ia lebih sejuk kerana ia tidak menyimpan haba sebagaimana atap genting. Bagi atap rumbia gred satu yang menggunakan bilangan daun yang banyak dan rapat-rapat, ia mampu tahan lebih daripada sepuluh tahun berbanding atap nipah yang perlu ditukar setiap tiga hingga lima tahun sekali, bagi atap nipah yang tidak diproses. 


TEMPAHAN



  • penghantaran mengikut kehendak pembeli samada ambil sendiri atau sebaliknya. (KOS PENGHANTARAN LAIN)
  • sesiapa berminat boleh hubungi talian 0134497449 (abg din) / 053763108 (kak nani)
  • alamat = Batu 14 1/4, Kampung Serikaya, 32600 Bota Kiri, Perak Darul Ridzuan
  • harga sekeping RM 1.50